Latest
- Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar dan Muzium Tokoh Johor sudah mulai dibuka untuk lawatan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 07-2245488 untuk maklumat lanjut. Jom kunjungi Muzium Tokoh Johor dan kenali dengan lebih dekat sejarah serta tokoh-tokoh penting yang membentuk perjalanan negeri Johor. Bersempena promosi khas ini, pengunjung bukan warganegara boleh menikmati harga tiket istimewa. Tempoh Promosi: 11 OGOS – 11 OKTOBER 2026.
- Tawaran sebutharga kini dibuka bermula 01 Oktober 2026 hingga 08 Oktober 2026.
LATEST

facebook
Yayasan Warisan Johor21 hours ago
MAJLIS GRADUASI KELAS LESTARI SENI BUDAYA JOHOR 2026: MEMPERKASA BAKAT, MELESTARIKAN WARISAN 🎓✨
Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Majlis Graduasi Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2026 pada 7 November 2026 bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB), Johor Bahru.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Nur Izwah binti Mat Kail, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, dan turut dihadiri oleh Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah YWJ.
Seramai 189 peserta berjaya menamatkan latihan yang merangkumi Kelas Asas Tari Tradisional Melayu (121 peserta), Muzik Melayu (30 peserta) dan Seni Lakon (38 peserta).
Majlis turut diserikan dengan persembahan khas oleh Irfan Haris, manakala pada sebelah malam, para peserta Kelas Asas Seni Lakon mempersembahkan teater “Cerita Kotak” yang mengetengahkan bakat dan kreativiti peserta.
Program tahunan ini menjadi platform pembangunan bakat dan pelapis seni persembahan bagi memastikan warisan seni budaya Johor terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Tahniah kepada semua graduan! Teruskan berkarya dan memartabatkan seni budaya Johor. 👏
#KelasLestariSeniBudayaJohor
#MemeliharaWarisanBudaya
#YayasanWarisanJohor

Yayasan Warisan Johor22 hours ago
MAJLIS GRADUASI KELAS LESTARI SENI BUDAYA JOHOR 2026: MEMPERKASA BAKAT, MELESTARIKAN WARISAN 🎓✨
Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah menganjurkan Majlis Graduasi Kelas Lestari Seni Budaya Johor 2026 pada 7 November 2026 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB), Johor Bahru.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Nur Izwah binti Mat Kail, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, dan turut dihadiri oleh Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah YWJ.
Seramai 189 peserta berjaya menamatkan latihan bagi tiga komponen utama, iaitu Tari Tradisional Melayu (121 peserta), Muzik Melayu (30 peserta) dan Seni Lakon (38 peserta).
Sebagai inisiatif tahunan YWJ, program ini menjadi platform memperkasa bakat serta melahirkan generasi pelapis dalam bidang seni persembahan demi memastikan warisan seni budaya Johor terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Majlis turut diserikan dengan persembahan khas oleh artis jemputan, Irfan Haris. 🎶
Tahniah kepada semua graduan! Semoga terus maju dalam mengembangkan bakat dan memartabatkan seni budaya warisan Johor.

Yayasan Warisan Johor2 days ago
MUZIUM MERSING MERIAH DENGAN KUNJUNGAN PENGUNJUNG SEMPENA CUTI DEEPAVALI 2026 🏛️
Yayasan Warisan Johor (YWJ) berbesar hati menyantuni kehadiran para pengunjung ke Muzium Mersing sempena cuti perayaan Deepavali.
Menariknya, kebanyakan pengunjung yang hadir berasal dari luar Negeri Johor, sekali gus membuktikan Muzium Mersing menjadi antara destinasi pilihan pelancong ketika berkunjung ke daerah ini.
Aktiviti mewarna yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung bagi sesi pagi dan petang.
Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda!
#MuziumMersing

TIKTOK