Get Adobe Flash player
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Tarian Zapin

Tarian zapin sememangnya sudah cukup sinonim dengan negeri Johor. Tarian zapin secara tradisinya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja dan kemudiannya setelah ia mula berkembang luas, tarian ini telah ditarikan secara berpasangan antara penari lelaki dan wanita dengan gerak tari yang melambangkan sifat-sifat diri golongan tersebut.

Struktur utama persembahan zapin Melayu ialah pembahagian persembahan kepada tiga bahagian iaitu taksim, ragam dan kopak, dan wainab. Muzik lagu yang mengiringi tarian zapin terdiri daripada lagu Lancang Kuning, Naan Sidi, Ya Salam, Zapin Budi, Zapin Pekan, Ya Ladan dan banyak lagi. Penarinya mengenakan busana baju kurung Teluk Belanga dikancing dengan butang emas ataupun suasa, kain sampin, seluar dan songkok. Penari wanita juga berbaju kurung Teluk Belanga dan sampin dagang luar, bersanggul atau bertudung dipadankan dengan aksesori rantai emas.

 

Sumber: Prof. Dr. Mohd Anis Md. Nor. Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Johor: Nota Khusus Untuk Bengkel Kejurulatihan Tari & Kursus Pengadilan Tari 2002, Yayasan Warisan Johor.