![]() | Today | 72 |
![]() | Yesterday | 314 |
![]() | This Week | 717 |
![]() | This Month | 6826 |
![]() | All Days | 146157 |
News
GALERI DATO’ ONN BATU PAHAT, JOHOR
1. PENDAHULUAN Bangunan yang dijadikan memorial ini terletak berhampiran kawasan Kelab Golf Batu Pahat di Jalan Kluang kira-kira 1.2 kilometer dari pejabat JKR Batu Pahat. Bangunan ini beralamat di JKR Batu Pahat 525, Jalan Dato’ Mohd. Shah, Batu Pahat Johor. Ia merupakan bangunan kuarters kediaman pegawai kerajaan yang telah dibina pada tahun 1938 dengan kos pembinaan pada masa itu ialah RM15,500.00. Bangunan tersebut berkeluasan 4487.50 kaki persegi. Bangunan ini pernah menjadi kediaman rasmi Allahyarham Dato’ Onn Jaafar ketika beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat suatu ketika dahulu. Bangunan ini pernah digunakan oleh Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) – Regimen 501 Askar Wataniah sebagai markas latihan. Seterusnya bangunan ini dibaikpulih dan diubahsuai untuk dijadikan sebagai bangunan memorial. Bangunan yang telah dibaikpulih oleh JKR dengan kos sebanyak RM600,000.00 ini diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor dengan rasminya pada 6 Ogos 2007 daripada JKR Negeri kepada Yayasan Warisan Johor dengan disaksikan oleh wakil pegawai Daerah Batu Pahat. Bangunan memorial ini telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Hj. Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor sempena lawatan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke Batu Pahat ketika beliau merasmikan Majlis Pengasas Sebuah Bangsa pada bulan Mac 2006 yang lalu. Di dalam bangunan ini telah menempatkan ruangan seperti Galeri Utama, Ruang-ruang Pameran, Bilik Tayangan, Kedai Cenderahati, Bilik Solat, Bilik Mesyuarat dan Ruang pameran dapur . Sebahagian bangunan ini telah mengalami kebakaran sebelum sempat dirasmikan sebagai Memorial Dato’ Onn Jaafar semasa dalam proses pengisian bahan pameran. Kebakaran yang dipercayai akibat litar pintas berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada hari Jumaat 11 Julai 2008. |
||||||
|











