![]() | Today | 291 |
![]() | Yesterday | 314 |
![]() | This Week | 936 |
![]() | This Month | 7045 |
![]() | All Days | 146376 |
Muzium Kota Tinggi
Latar Belakang
Usaha Kerajaan Negeri Johor merealisasikan pembinaan Muzium Kota Tinggi amat wajar dan menepati waktu dan keperluan memandangkan negeri Johor belum mempunyai sebuah muzium yang memaparkan sejarah dan kebudayaan negeri. Sehingga kini satu-satunya muzium yang ada ialah Muzium DiRaja bertempat di Istana Besar Johor Bahru.
Daerah Kota Tinggi dipilih untuk pembinaan Muzium Kota Tinggi kerana daerah ini mempunyai signifikannya yang amat ketara daripada segi sejarah dan tinggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama. Lembah Sungai Johor merupakan wadah kesinambungan Kesultanan Melayu setelah gugurnya Melaka pada tahun 1511. Dengan mengambil kira tahun 1529 bermulanya pusat Kerajaan Johor di Pekan Tua (Pasir Raja) dan diikuti oleh Johor Lama dalam tahun 1540 bererti tamadun Melayu telah bertapak di Kota Tinggi selama lebih 400 tahun. Di lembah Sungai Johor inilah lahirnya Tun Sri Lanang Pengarang Melayu tersohor dan terawal menghasilkan Sejarah Melayu, sebuah historiografi Melayu yang agung. Dilembah sungai ini juga dikatakan lahirnya Badang, manusia yang mempunyai kegagahan luar biasa.
Muzium Kota Tinggi (pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun 1997. Kerja-kerja binaan telah diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor.
Pengisian pameran Muzium Kota Tinggi adalah berdasarkan garis panduan pakar perunding Muzium Kota Tinggi yang dilantik. Ruang-ruang tingkat bawah muzium ini memaparkan Kota Tinggi di Hujung Tanah; Zaman Kegemilangan Lembah Sungai Johor iaitu bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II hingga berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Mangkat Dijulang). Ruang ditingkat atas memaparkan Kota Tinggi dalam pemerintahan zaman Bendahara, Kota Tinggi dalam era moden (pertumbuhan dan perkembangannya antara tahun 1855-1914) dan Kota Tinggi hari ini. Bahan-bahan yang dipamerkan meliputi lukisan-lukisan, diorama dan ilustrasi peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Johor di Kota Tinggi. Sejumlah lima diorama dan 45 buah lukisan, pelbagai jenis artifak dan senjata, manuskrip, busana, tembikar porselin, peralatan tembaga dan lain-lain yang berkaitan pada zaman tersebut terpamer untuk tatapan para pengunjung ke muzium ini.
Pada 30 Ogos 2002 Muzium Kota Tinggi dibuka untuk lawatan walaupun pengisian pameran ditingkat atas masih belum siap. Pada tarikh yang sama majlis perasmian promosi Muzium Kota Tinggi disempurnakan oleh Y.B. Dato' Hj. Abd. Karim Hassan, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Pada 29 Februari 2004 bersamaan 8 Muharam 1425H, Muzium Kota Tinggi ini telah dirasmikan sepenuhnya oleh D.Y.A.M. Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor sempena program Kembara Mahkota Johor.
Ruang Pameran
Ruang Pameran 1
![]() |
![]() |
| SEGMEN BALAIRUNG SERI (BALAI PENGHADAPAN) | SEGMEN PENGENALAN |
![]() |
![]() |
| SEGMEN SULTAN MAHMUD SHAH 1-SULTAN JOHOR PERTAMA | SUDUT MATA WANG |
![]() |
![]() |
| SUDUT SENJATA MELAYU | SUDUT MANUSKRIP |
![]() |
|
| SEGMEN PAHLAWAN MELAYU |
Ruang Pameran 2 (PAMERAN SEMENTARA)
![]() |
![]() |
| SEGMEN SEJARAH JOHOR MODEN | SEGMEN KEBUDAYAAN JOHOR |
![]() |
![]() |
| SEGMEN SENI BINA TRADISIONAL | SEGMEN GALERI KEMBARA MAHKOTA JOHOR |






















