![]() | Today | 259 |
![]() | Yesterday | 314 |
![]() | This Week | 904 |
![]() | This Month | 7013 |
![]() | All Days | 146344 |
Seni Persembahan
Pengenalan Bahagian Persembahan
Pengenalan
Pada pertengahan tahun 1980an cadangan telah dikemukakan oleh penggerak-penggerak budaya Johor supaya operasi di Taman Seni Budaya Johor dipertingkatkan dengan mengadakan kumpulan tetap yang akan berperanan lebih giat dan lancar. Pada awal 1990 Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan promosi bagi sektor pelancongan secara besar-besaran, seiringan dengan itu Menteri Besar Johor pada masa itu telah mengumumkan untuk menubuhkan kumpulan tetap kesenian Negeri Johor. Pada 1 Mac 1992 Kumpulan Kesenian Negeri Johor telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Majlis Kebudayaan Negeri Johor.
Matlamat penubuhan kumpulan ini ialah:
- Menyediakan sebuah kumpulan kesenian yang lengkap dengan penari-penari dan pemuzik bagi memenuhi keperluan majlis-majlis rasmi kerajaan dan agensi-agensi swasta yang memerlukan persembahan kesenian di majlis anjuran mereka.
- Mengkaji, menilai dan mempopularkan kesenian lama Johor yang patut dipelihara dan dipertahankan.
- Sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri Johor kepada penggiat-penggiat budaya Negeri Johor.
- Meningkatkan semangat patriotik dikalangan rakyat melalui warisan kesenian bangsa.
- Meningkatkan mutu persembahan dengan lebih berkualiti.
Pada 13 Oktober 1993, kumpulan kesenian ini telah dipindahkan pentadbirannya dari Majlis Kebudayaan Negeri Johor kepada Yayasan Warisan Johor. Perubahan status ini dilakukan untuk mempertingkatkan kewibawaan kumpulan kesenian yang direstui dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Johor sepenuhnya. Sehingga pada penghujung tahun 1995, Yayasan Warisan Johor telah menyusun semula skim perjawatan pegawai, artis budaya dan pemuzik mengikut skim kerajaan iaitu Skim Saraan Baru (SSB) dan nama kumpula kesenian ini ditukar namanya kepada Badan Kesenian Warisan Johor.
Fungsi
- Memartabatkan kesenian dan meningkatkan mutu persembahan kesenian negeri Johor.
- Mengadakan pementasan dan persembahan yang bermutu tinggi di Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan dan Swasta.
- Mempertontonkan persembahan kesenian kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
-
Memperkenalkan dan mengetengahkan negeri Johor melalui seni tari dan muzik di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. - Memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk melibatkan diri di bidang kesenian.
- Membina jati diri melalui aktiviti-aktiviti kesenian.
- Mencipta dan mempersembahkan komposisi-komposisi baru berteraskan warisan kesenian Johor.
- Menyelidik, mengkaji dan memulihara warisan kesenian Johor untuk ditontonkan kepada masyarakat umum.
- Menyediakan program-program latihan bagi tujuan penggalakan dan pengembangan seni tari dan muzik.
- Menerbitkan warisan kesenian dalam media elektronik.
Galeri











