![]() | Today | 24 |
![]() | Yesterday | 286 |
![]() | This Week | 1271 |
![]() | This Month | 7380 |
![]() | All Days | 146711 |
Unit Penyelidikan Bahagian Pemuziuman
Pengenalan
Unit Penyelidikan Bahagian Pemuziuman mula diwujudkan pada Februari 1995. Unit ini diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Yayasan Warisan Johor Tahun 1988. Ia juga bertanggungjawab dalam pembinaan Muzium Negeri dan muzium di setiap daerah. Selain itu pengumpulan artifak dan bahan-bahan warisan juga termasuk dalam tugas Unit Penyelidikan. Dalam pada itu unit ini juga terlibat dalam mengadakan pameran, memelihara dan melindungi kepentingan sejarah, tradisi, kajipurba, dan senibina/kesenian. Menyedarkan rakyat akan kepentingan warisan budaya, sejarah, dan seni negeri juga menjadi misi unit ini. Di samping itu unit ini juga menjadi pusat rujukan dan pendidikan peninggalan warisan negeri selain dari mendokumentasi, mencetak dan mengkatalogkan bahan-bahan peninggalan warisan.
Bagi melaksanakan fungsi dan misi Yayasan Warisan Johor, unit ini bertanggungjawab melaksanakan projek-projek penyelidikan terutama dalam menyelidik arkeologi, sejarah, seni dan kebudayaan Negeri Johor. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah membuat kajian tapak-tapak bersejarah di daerah Kota Tinggi, penyelidikan tapak-tapak sejarah di sepanjang Sungai Johor, menjejak kota purba Linggiu, penyelidikan perahu tradisional di Pulau Sumatera, Sulawesi dan di seluruh daerah Negeri Johor dan penyelidikan batu nisan Aceh.
Objektif
Untuk membuat penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan budaya Johor.











