![]() | Today | 177 |
![]() | Yesterday | 286 |
![]() | This Week | 1424 |
![]() | This Month | 7533 |
![]() | All Days | 146864 |
Muzium
Pengenalan
Pejabat Pentadbiran Muzium
Muzium
Bahagian Muzium diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Yayasan Warisan Johor tahun 1988. Ia juga bertanggungjawab dalam pembinaan muzium negeri dan muzium di setiap daerah.
Bahagian Muziummerangkumi segala aspek yang melibatkan pengumpulan artifak, bahan-bahan warisan, memelihara dan memulihara, melindungi kepentingan sejarah, tradisi, kajipurba, senibina dan mengadakan pameran bagi mendidik rakyat akan kepentingan warisan budaya, sejarah dan seni negeri. Disamping itu, Bahagian Pemuziuman menjadi pusat rujukan, penyelidikan dan pendidikan peninggalan warisan negeri.
Bagi menjayakan fungsi dan misi Yayasan Warisan Johor, Bahagian Pemuziuman bertanggungjawab melaksanakan projek-projek penyelidikan arkeologi, sejarah, seni, dan kebudayaan negeri Johor.
Visi
Bahagian Muziumsebagai salah satu bahagian dalam Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab melaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah.
Fungsi
- Pemerolehan bahan-bahan sejarah
- Penyimpanan dan pemeliharaan bahan-bahan sejarah
- Pengkajian peninggalan sejarah
- Pameran bahan sejarah untuk tatapan umum
- Penerbitan khazanah warisan sejarah dan budaya
Objektif
- Untuk membuat penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan budaya Johor.
- Untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan berhubung warisan sejarah, seni dan budaya Joho melalui pameran tetap dan sementara kepada orang ramai
- Untuk memelihara khazanah Johor agar terpelihara untuk generasi kini dan akan datang













