Links
Visitors Counter
145309
![]() | Today | 102 |
![]() | Yesterday | 302 |
![]() | This Week | 1913 |
![]() | This Month | 5978 |
![]() | All Days | 145309 |
Total Visitor
We have 5 guests online
Home
IKLAS
IKLAS
Pengenalan
Institut Intergriti Kemahiran dan Latihan Semangat (IKLAS)
Institut Integriti Kepimpinan danLatihan Semangat atau IKLAS iala sebuah institusi latihan di bawah Lembaga Pengarah Yayasan Warisan Johor. Berfungsi sebagai institusi pembinaan kepimpinan di negeri Johor khasnya dan seluruh Malaysia amnya. IKLAS bercita-cita melahirkan pemimpin-pemimpin bangsa dan negara. Tumpuan utama IKLAS ialah melahirkan para pemimpin pelapis dikalangan generasi muda masa ini yang beretika dan bermoral serta komited terhadap tugas dan tanggungjawab, patriotik dan bangga terhadap warisan budaya bangsa.
Dicadangkan nama Dato' Onn menjadi identiti institusi ini demi mengingati dan mengabadikan jasa, sumbangan dan pengorbanan seorang pejuang dan pemimpin negara dari Johor yang amat gigih membangkitkan kesedaran dan memandukan semangat perjuangan bangsa dan negara menetang penjajahan, sekaligus memperjuangkan dan mengabadikan hak, kedaulatan dan kelangsungan bangsa dan negara yang sah dan adil.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dalam mesyuaratnya pda 19 Januarai 200 tela bersetuju dan meluluskan penubuhan Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS), termasuk kelulusan perlantikan jawatan-jawatan penting yang diperlukan bagi membolehkan pusat ini beroperasi serta-merta serta memberi peruntukan secara geran bagi tujuan penyelenggaraan pusat tersebut.
Dengan kelulusan tersebut, Yayasan Warisan Johor yang diamanahkan untuk menerajui usaha penubuhan itu telah mengambil beberapa langkah tertentu dari segi perancangan dan pelaksanaan program melalui aktiviti pembinaan modul, pembentukan rangkaian fasilitator serta pelaksanaan kursus dan bengkel.
VISI
-
Pemimpin dan Kepimpinan adalah hasil pembinaan potensi diri manusia secara teratur, berterusan dan berkesan. Kesejahteraan bangsa dan negara bertunjang di atas kepimpinan yang mewarisi seluruh kebijaksanaan tamadun bangsanya dan sedar akan misi dan fungsi kehadirannya.
MISI
-
Mendorong pembinaan kepimpinan unggul dalam semua bidang khususnya politik, ekonomi dan pembangunan masyarakat yang memilki wawasan sejarah dan budaya, dayakepimpinanberkualiti, kemuliaan peribadi, kekuatan rohani, kecerdasanfikiran, kestabilan emosi dan ketahanan jasmani bagi menjamin kelangsungan warisan kedaulatan bangsa dan negara. Masa lalu, kini dan masa akan datang dalam perspektif ketahanan diri, nilaidiri, jatidiri dan pemimpin bangsa.
OBJEKTIF
-
Untuk mengenal pasti sumber manusia sebagai asas sumber pembinaan kepimpinan di Johor dan di Malaysia.
-
Untuk membina kurikulum pembinaan kepimpinan yang bertunjangkan budaya kepimpinan bangsa dan nilai sejagat.
-
Untuk melaksanakan prose spembinaan kepimpinan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan terbaik dan berkesan.
-
Untuk melahirkan generasi kepimpinan Johor dan Malaysia berkaliber dengan didikan ciri kepimpinan bangsa yang unggul, mantap dan berwibawa
-
Untuk mewujudkan sistem perkaderan dalam rangkaian politik bangsa yang berasaskan setiakawan dan setia kepada budaya bangsa.
-
Untuk menjadi perunding politik dalam negara bagi menjamin kejayaan program pembinaan kepimpinan bangsa.
FUNGSI
-
Merancang, menyedia, melaksana dan menilai semua rancangan latihan kepimpinan dengan cekap dan berkesan.
-
Membina modul latihan dan bahan-bahan sokongan latihan yang berkaitan untuk digunakan samaada di dalam atau diluar institusi.
-
Mengurus bank orang sumber (resource person) yang lengkap,mutakhir dan kemaskini berasaskan kepakaran dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan keperluan kepimpinan untuk menjadi sebagai rangkaian tenaga penggerak latihan.
-
Menjadi gelanggang cetusan fikiran dank reativiti berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan.
-
Menjadi pusat dokumentasi rujukan dan perundingan berhubung dengan pemimpin dan kepimpinan.
STRATEGI
-
Memastikan keupayaan latihan kepimpinan yang tinggi melalui pembinaan himpunan pakar dan kepakaran dalam bidang kepimpinan dan kejurulatihan.
- Membina modaliti, modul dan kaedah latihan yang berkesan melalui pengalaman dan kepimpinan seluruh dunia.
- Meningkatkan taraf latihan melalui pengiktirafans ebagai institusi latihan berwibawa dan institusi pengajian tinggi.
- Mewujudkan suasana bekerja menghormati kemuliaan manusia untuk merangsang usaha penigkatan profesionalisme perkhidmatan.
- Menubuhkan sebuah pusat sumber kepimpinan yang lengkap dan kemaskini dengan menggembleng teknologi terkini.
- Mempunyai dana dan belanjawan mencukupi untuk membiayai semua kegiatan.











