Links
Visitors Counter
146890
![]() | Today | 203 |
![]() | Yesterday | 286 |
![]() | This Week | 1450 |
![]() | This Month | 7559 |
![]() | All Days | 146890 |
Total Visitor
We have 7 guests online
Home
Persuratan dan Sejarah
Persuratan dan Sejarah
Pengenalan
Bahagian Persuratan Dan Sejarah
(Ditubuhkan pada 1 Januari 1997)
VISI
- Bahagian Persuratan dan Sejarah sebagai salah satu bahagian dalam Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab melaksanakan secara berkualiti dan cemerlang hal-hal yang berkaitan dengan persuratan dan sejarah Johor.
MISI
- Melaksanakan program-program yang berkaitan dengan warisan, persuratan, persejarahan, penyelidikan, pendokumentasikan dan penerbitan.
- Menghasilkan bahan-bahan penerbitan hasil daripada kajian, penyelidikan dan penulisan.
OBJEKTIF
-
Memperkayakan lagi khazanah persuratan, sejarah dan seni budaya Johor.
-
Menimbulkan kesedaran perihal kepentingan nilai-nilai warisan dan jati diri Johor.
-
Menjana ilmu berkaitan persuratan, sejarah dan seni budaya Johor.
-
Mendokumentasi dan menyebarkan hasil-hasil kajian dan penyelidikan berkaitan persuratan dan sejarah.
FUNGSI
- Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau program-program yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan, pendokumentasian dan keilmuan.
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja penerbitan buku, buletin, jurnal dan risalah-risalah.
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengumpulan bahan bertulis mengenai persuratan, sejarah dan seni budaya Johor untuk tujuan pendokumentasian.
- Menyelenggara projek-projek pengembangan seni budaya, sejarah dan persuratan Johor.
- Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan seterusnya menerbitkan semula warisan kepengarangan Johor.
- Menerbit, menyebar dan memasyarakatkan khazanah warisan persuratan, sejarah dan seni budaya Johor untuk tatapan dan pengetahuan umum.
- Menyediakan dan melaksanakan program-program latihan untuk tujuan pengembangan ilmu khususnya dalam bidang persuratan dan sejarah
PERANCANGAN KERJA
- Pemugaran Warisan Persuratan dan Sejarah Negeri Johor.
- Pengumpulan, Pendokumentasian dan Penyebaran Maklumat Mengenai Warisan Persuratan Johor.
- Pengumpulan Pendokumentasian dan Penyebaran Maklumat Mengenai Warisan Sejarah Johor.
- Penyelidikan dan Penerbitan Buku-Buku Mengenai Warisan Persuratan, Sejarah dan Seni Budaya Johor.
- Penyelidikan Mengenai Warisan Persuratan dan Sejarah Johor.
- Pengurusan Penerbitan Buku-Buku Mengenai Warisan Persuratan Sejarah dan Seni Budaya Johor.











