Links
Visitors Counter
145681
![]() | Today | 241 |
![]() | Yesterday | 233 |
![]() | This Week | 241 |
![]() | This Month | 6350 |
![]() | All Days | 145681 |
Total Visitor
We have 4 guests online
Home
Maklumat YWJ
Pengenalan
Maklumat YWJ
Pengenalan
Pengenalan
| Article Index |
|---|
| Pengenalan |
| Falsafah |
| Wawasan |
| Misi |
| Fungsi |
| Piagam Pelanggan |
| Enakmen |
| Carta Organisasi |
| Anugerah |
| All Pages |
Page 1 of 9

Pengenalan
Sejak ditubuhkan kira-kira lima belas tahun yang lalu, Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah diberi tanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya. Penubuhannya dibuat kerana adanya kesedaran kerajaan, penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat warisan sejarah, seni dan budaya Johor tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan mahupun globalisasi.
Mengikut enakmen No. 7 Tahun 1988, antara fungsi YWJ yang jelas termaktub dalam enakmen itu ialah menggiatkan kecenderungan awam untuk memberikan dukungan dalam usaha pemeliharaan dan penyebaran pengetahuan mengenai budaya dan sejarah negeri.
Jelasnya antara tugas dan tanggungjawab YWJ ialah berusaha untuk mengenalpasti dan mendokumentasi seluruh khazanah warisan budaya Johor yang merangkumi keseluruhan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan tradisi Johor.

Sehubungan itu YWJ telah diberi kuasa antara lain untuk membuat kajian, pemeriksaan serta penyelidikan ke atas barang-barang peninggalan sejarah termasuk yang berkaitan dengan alam semulajadi. Selain itu, YWJ juga diberi tugas untuk mengumpul, mengkaji, memelihara dan memulihara bahan-bahan yang berkaitan dengan warisan sejarah, kesenian dan kebudayaan di samping mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan dan manfaat orang ramai.
Usaha-usaha untuk menyelamatkan warisan sejarah, seni dan budaya Melayu Johor, kini sedang giat dijalankan oleh YWJ.Untuk menentukan tugas dan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, lima bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Pengurusan & Pentadbiran, Bahagian Pemuziuman, Bahagian Persuratan dan Sejarah, Bahagian Pengembangan Seni & Budaya dan Badan Kesenian Warisan Johor.

Prev - Next >>