Login
Register
![]() | Today | 209 |
![]() | Yesterday | 314 |
![]() | This Week | 854 |
![]() | This Month | 6963 |
![]() | All Days | 146294 |
Selamat Datang Ke Laman Warisan
Pertandingan Sempena Sambutan 25 tahun Yayasan Warisan Johor 1988-2013
Pertandingan Sempena Sambutan 25 tahun Yayasan Warisan Johor 1988-2013
1.Mencipta Logo
OBJEKTIF
Menghasilkan satu Logo khas sempena sambutan 25 tahun Yayasan Yarisan Johor.
PENYERTAAN
a.Semua kakitangan YWJ dan orang awam
b.Sediakan huraian logo
c.Hasil ciptaan logo haruslah menggunakan grafik berkomputer
d.Hantarkan logo dalam bentuk softcopy dan hardcopy
e.Tarikh tutup : 30 Mei 2012
HADIAH:
Pertama =RM 1000.00
Kedua =RM 750.00
Ketiga =RM 500.00
2.Mencipta Lagu dan Lirik Ghazal,Zapin dan Keroncong
OBJEKTIF
Menambahkan koleksi lagu-lagu baru ghazal, zapin dan keroncong.
PENYERTAAN
a.Terbuka kepada semua kakitangan YWJ dan orang awam
b.Boleh menghantar lebih daripada sebuah lagu
c.Tema lagu YWJ dan negeri Johor
d.Hasil karya hendaklah dihantar dalam bentuk CD
e.Tarikh tutup : 30 Jun 2013
HADIAH:
Pertama =RM 500.00
Kedua =RM 400.00
Ketiga =RM 300.00
5 saguhati =RM1000.00
3.Pertandingan menulis Esei Warisan dan Sejarah Johor Sempena Sambutan Jubli Perak (1988-2013) Yayasan Warisan Johor
OBJEKTIF
1.Menggalakkan pelajar dan orang awam menjalankan penyelidikan dan penulisan warisan dan sejarah negeri Johor
2.Menggalakkan Persatuan Sejarah di sekolah, Persatuan Sejarah Kawasan (daerah) dan Persatuan Sejarah Cawangan (negeri) menjalankan kajian dan penulisan sejarah negeri Johor
3.Memupuk kesedaran, minat dan penghayatan masyarakat terhadap warisan dan sejarah negeri Johor
4.Memupuk semangat patriotisme dan nilai-nilai murni dalam kalangan penduduk menerusi penghayatan unsur-unsur warisan dan sejarah negeri Johor
5.Memperkayakan sumber warisan dan sejarah tempatan Johor dengan menerbitkan karya-karya yang bermutu.
PENYERTAAN
Penyertaan dibahagikan kepada 4 kategori
1.Menengah Rendah (tingkatan 1-3)
2.Menengah atas (tingkatan 4-5)
3.Tingkatan 6/ Matrikulasi
4.Institusi Pengajian Tinggi (IPT /IPG) dan peserta awam
TUGASAN ESEI
KATEGORI MENENGAH RENDAH
a.Anda secara kumpulan tidak melebihi 3 orang dipelawa menulis sebuah karangan sepanjang 1500-2000 perkataan tentang Warisan Sejarah Johor (sama ada tokoh, peristiwa sejarah, sejarah ekonomi dan sosial dan bangunan binaan).
b.Setiap esei hendaklah disertakan sekurang-kurangnya 5 gambar foto berukuran poskad dan mempunyai ‘caption’.
c.Esei hendaklah ditulis dalam kertas A4 dengan menggunakan jarak satu setengah. Senaraikan bahan rujukan yang digunakan.
KATEGORI MENENGAH ATAS
a.Anda secara kumpulan tidak melebihi 3 orang dipelawa menulis sebuah karangan sepanjang 2000-2500 perkataan, berkenaan salah satu aspek yang terdapat di negeri Johor
i.Kesenian (Tarian/Muzik)
ii.Adat istiadat
iii.Kesihatan dan perubatan
iv.Ekonomi
v.Politik / pertubuhan
KATEGORI TINGKATAN 6 /MATRIKULASI
a.Anda diminta menulis sebuah karangan berkenaan salah satu aspek daripada mana-mana satu bidang berikut:
i.Sejarah tempat
ii.Institusi pendidikan
iii.Hal ehwal kemasyarakatan
iv.Keselamatan dan ketenteraman awam
b.Setiap esei haruslah berfokuskan kepada satu-satu perkara khusus yang berhubung kait dengan salah satu bidang yang dinyatakan di atas. Esei haruslah ditulis secara ilmiah menggunakan nota kaki atau nota hujung. Bagi kategori ini anda hendaklah menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian sekurang-kurangnya menggunakan lima puluh peratus daripada sumber sejarah lisan dam pemerhatian, selebihnya menggunakan sumper primer dan sumber skunder.
KATEGORI UNIVERSITI / ORANG AWAM
a.Anda dipelawa menulis secara ilmiah tentang mana-mana tajuk warisan ketara dan tidak ketara (tangible dan intangible) negeri johor secara kualitatif dan kuantitatif mempamerkan sesuatu aspek perkembangan warisan sejarah negeri johor.
b.Panjang setiap esei ilmiah ialah diantara 7000-10000 perkataan
FORMAT KARANGAN
1. Peserta diminta menaip karya dengan jarak dua (2) baris menggunakan sebelah muka kertas putih bersaiz A4 (29.5sm x sm), dikosongkan ruang tepi kertas pada sebelah kiri dan kanan dengan jarak 2.5sm.
2. Karya hendaklah ditaip dengan kemas, muka surat dicatat. Esei hendaklah dikokot/dilekatkan degan kemas supaya tidak tercicir.
3. Jumlah perkataan dan tarikh penulisan esei perlu dicatatkan pada muka surat terakhir.
4. Esei hendaklah menyenaraikan senarai bibliografi yang lengkap dan tersusun. Setiap kutipan petikan dan maklumat yang digunakan di dalam esei diberi nota kaki atau nota hujung untuk peserta tingkatan 6/ matrikulasi, ipt dan orang awam.
Tarikh tutup pertandingan adalah
Pada 30 Jun 2013
Hantar esei anda dalam bentuk softcopy dan hardcopy kepada:
YAYASAN WARISAN JOHOR
Bangunan Temenggung
JKR 303, Jalan Mariamah
80100 Johor Bahru, Johor.
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KEPUTUSAN PANEL HAKIM ADALAH MUKTAMAD
HADIAH
Kategori Menengah Rendah
Pertama RM 1000.00
Kedua RM 800.00
Ketiga RM 700.00
5 saguhati RM 1000.00
Jumlah RM 3500.00
Kategori Menengah Atas
Pertama RM 1500.00
Kedua RM 1200.00
Ketiga RM 1000.00
5 saguhati RM 1000.00
Jumlah RM 4700.00
Kategori Tingkatan 6 / Matrikulasi
Pertama RM 2000.00
Kedua RM 1500.00
Ketiga RM 1000.00
5 saguhati RM 1500.00
Jumlah RM 6000.00
Kategori Universiti / Awam
Pertama RM 3000.00
Kedua RM 2500.00
Ketiga RM 2000.00
5 saguhati RM 2500.00
Jumlah RM 10000.00
| Add a comment |
Last Updated (Thursday, 21 March 2013 18:06)
Hadiah Sastera Darul Ta'zim IX 2013Last Updated (Friday, 25 January 2013 11:20) |
LAMAN WARISAN ini diwujudkan dengan tujuan untuk memelihara warisan sejarah, seni dan budaya negeri Johor dengan adanya kesedaran kerajaan, penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat khazanah Melayu tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan. |
Berita Aktiviti
GALERI DATO’ ONN BATU PAHAT, JOHOR
1. PENDAHULUAN Bangunan yang dijadikan memorial ini terletak berhampiran kawasan Kelab Golf Batu Pahat di Jalan Kluang kira-kira 1.2 kilometer dari pejabat JKR Batu Pahat. Bangunan ini beralamat di JKR Batu...
raffiey 14 Aug 2012 Hits:3923 Yayasan Warisan Johor
JELAJAH TIIAF 2012
18 JULAI 2012: Kunjungan hormat peserta Konvoi Jelajah Terengganu International Arts Festival 2012 (TIIAF 2012) telah tiba di pekarangan pejabat Yayasan Warisan Johor (YWJ) kira-kira jam 9.30 pagi ini. Rombongan...
raffiey 19 Jul 2012 Hits:808 Yayasan Warisan Johor
















