|
|
|
|
|
UNIT
SENI MUZIK BAHAGIAN PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA
|
| |
|
|
| Dalam
program pengembangan seni muzik ini Unit Seni Muzik Bahagian
Pengembangan Seni Dan Budaya telah diberi tanggungjawab melaksanakan
beberapa program antaranya pengembangan seni muzik ghazal dan
keroncong ke setiap daerah, menyediakan jurulatih-jurulatih
seni muzik ghazal dan keroncong, pengembangan seni muzik violin,
pengembangan vokal, dan membekalkan alat-alat muzik ghazal dan
keroncong serta membiayai khidmat tenaga-tenaga pengajar di
sekolah-sekolah serta kumpulan-kumpulan ghazal di negeri Johor.
Selain itu juga pertandingan-pertandingan ghazal dan keroncong
bagi peringkat negeri Johor turut diadakan. |
| |
Pengembangan
seni muzik ghazal
Muzik Ghazal merupakan warisan seni budaya Johor yang terkenal.
Perkembangan seni muzik tradisional ini perlu diberi perhatian
yang sewajarnya supaya terus hidup dan berkembang di kalangan
generasi muda masa kini. Justeru YWJ telah mengambil inisiatif
mengatur program-program pengembangan muzik ghazal sepanjang
tahun. YWJ juga telah mengatur jadual pertandingan ghazal bagi
kategori remaja dan dewasa pada setiap tahun. Pertandingan peringkat
awal bermula dari peringkat zon dan daerah-daerah seluruh Johor
hinggalah ke peringkat akhir Remaja Johor dan Dewasa Kebangsaan.
Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala Pusingan Ahmad
Jusoh untuk kategori Remaja dan juga Piala Pusingan Pak Lomak
bagi kategori Dewasa Kebangsaan disamping wang tunai. |
| |
Pengembangan
seni muzik keroncong
Program pengembangan keroncong diteruskan dengan bertujuan
untuk memelihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman serta
meneruskan usaha-usaha memelihara dan memperkembangkan warisan
seni muzik ini sebagai warisan muzik Melayu tradisional Johor
selain daripada seni muzik ghazal. Berbagai kemudahan pembelajaran
telah disediakan oleh YWJ bagi tujuan tersebut. Dua orang jurulatih
telah didatangkan dari Solo, Indonesia. Selain daripada itu
alat-alat muzik keroncong juga turut disediakan. |
| |
Pengembangan
Vokal
Kelas vokal YWJ telah dimulakan pada pertengahan
tahun 1998. Kelas ini diwujudkan untuk meningkatkan mutu seni
suara di kalangan para remaja dan juga orang dewasa yang berbakat
dan mempunyai minat menyanyi lagu-lagu ghazal, lagu Melayu asli,
keroncong dan padusuara. Ada diantara mereka telah berjaya membuat
rakaman album dan menjadi artis seperti Natasha Yazir atau 'Tasha'
dan Haslinda Halit atau 'Linda'. Para peserta vokal diberi latihan
pengkhususan dari segi kemantapan suara, pernafasan, senaman
dan membina keyakinan diri serta teknik penyampaian. |
| |
| |
| |
|
|