|
|
|
|
|
UNIT
SENI VISUAL BAHAGIAN PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA
|
| |
|
|
| |
Perbezaan
dari segi takrif seni adalah tertumpu kepada 2 bidang utama.
Ada yang menganggap karya seni sebagai alat pengucapan diri
dan penyampaian idea dan emosi. Manakala ada pula yang memandang
karya seni sebagai objek untuk diamati selaku satu benda yang
khas tanpa adanya rujukan kepada bidang pengalaman yang lain,
dan jika pun ada hanya sedikit.
Lantaran itu, Unit Seni Visual diwujudkan bertujuan untuk mengetengahkan
pelukis-pelukis tempatan yang berbakat sekaligus memberi ruang
kepada mereka untuk berkarya dan menyampaikan idea dan emosi
mereka di dalam karya. Secara tidak langsung, ini membuktikan
bahawa Yayasan Warisan Johor begitu komited dalam usaha menggalak,
membina dan mengumpul khazanah seni di peringkat negeri.
Justeru, setiap mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti seni
terutamanya seni tampak perlu peka dan bertanggungjawab memikul
aspirasi bersama Yayasan Warisan Johor dan secara tidak langsung
akan membina jalinan kefahaman dan keperluan yang timbal balik.
Tujuannya tidak lain selain daripada memenuhi hasrat, misalnya
menyediakan wadah yang sebaiknya untuk dijadikan medan penilaian
karya.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah pengembangan
seni lukis dan batik di sekolah-sekolah di negeri Johor, pengembangan
tulisan jawi dan seni khat, dan pertandingan seni visual (seni
halus, arca, khat dan fotografi). |
|
|
|
|
|
|
|
Bengkel
Batik Tulis
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bengkel
Seni Khat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|