SEJARAH LATAR BELAKANG
GALERI SENI JOHOR


Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.

Bangunan ini pernah digunakan sebagai markas Tentera Jepun. Setelah agak lama terbiar, RISDA pernah menggunakan bangunan ini sebagai pejabat sementara dan kemudiannya dijadikan asrama kakitangan dan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan.

Oleh kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam dan luar negara.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

 

Bangunan Galeri Seni Johor

 
Bangunan Galeri Seni Johor
 
PAMERAN BERKALA BAGI TAHUN 2006
 
23/3 - 30/4/2006
PAMERAN EKSPRESI SELATAN OLEH KUMPULAN SENI D'SELATAN (KUMPULAN PELUKIS JOHOR) MASUK PERCUMA
 
Hakcipta Terpelihara©2005 Galeri Seni Johor.Yayasan Warisan Johor