Seni Persembahan

 

Pengenalan

Bahagian Seni Persembahan, Yayasan Warisan Johor merupakan Bahagian di Yayasan Warisan Johor dalam membantu menyampaikan kepada masyarakat tentang kesenian dan kebudayaan melalui persembahan-persembahan yang sentiasa dipertingkatkan mutunya sehingga ke peringkat antarabangsa. Bahagian Seni Persembahan juga menjadi Bahagian yang diberikan penghormatan untuk menjadi Pengurus acara bagi program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
 
 

Visi

Menjadi Institusi Kesenian Negeri Johor Yang Terulung Dan Bertaraf Antarabangsa

Misi

Mengangkat Dan Memartabatkan Seni Dan Budaya Negeri Johor

Fungsi

  • Memartabatkan kesenian dan meningkatkan mutu Persembahan Kesenian Negeri Johor
  • Mengadakan Pementasan dan Persembahan yang bermutu tinggi di majlis-majlis Kerajaan dan Swasta.
  • Mempertontonkan persembahan kesenian kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • Memperkenalkan Negeri Johor melalui Seni Tari dan Muzik yang bermutu.
  • Menjadi Institusi kesenian yang menyokong aspirasi Kerajaan Negeri.

Objektif

  • Memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk mencintai kesenian, kebudayaan dan warisan Negeri Johor.
  • Memupuk semangat jati diri melalui aktiviti-aktiviti kesenian.
  • Mencipta dan mempersembahkan komposisi-komposisi baru dengan pendekatan semasa.
  • Menyediakan program-program latihan bagi tujuan mengalakkan Seni Tari dan Seni Muzik.
Ketua Bahagian Seni Persembahan
En. On Bin Jaafar
E-mel : onjaafar@ywj.gov.my / on_jaafar@johor.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Faks: +6 07-223 4355