Pusat Dokumentasi Johor

Pengenalan

Pusat Dokumentasi Johor atau PDJ berada di bangunan Bahagian Persuratan dan Sejarah. PDJ menempatkan manuskrip lama, seperti Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, surat-menyurat antara Kerajaan British dan Kerajaan Johor serta karya-karya penulis tersohor serantau. PDJ juga mempunyai sebuah galeri yang meneroka aspirasi dan pemikiran YAB Menteri Besar Johor. Galeri Mohamed Khaled Nordin menghimpunkan buku-buku tulisan beliau dan teks ucapan beliau.

Bilik sumber yang menyediakan bahan-bahan rujukan bagi mendapatkan informasi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah, budaya dan persuratan negeri Johor:

  • Koleksi buku rujukan
  • Koleksi Kamus
  • Koleksi kertas-kertas anjuran Yayasan Warisan Johor
  • Koleksi foto
  • Koleksi buku antarabangsa
  • Koleksi majalah/jurnal
  • Koleksi buku jawi
  • Koleksi manuskrip lama

Galeri Foto