Promosi Kebudayaan di Perth, Australia

Mempromosi Kebudayaan Negeri Johor di Perth, Australia.
Pada 27 April Hingga 1 April 2017

Konsul Jeneral Malaysia di Perth, menganjurkan satu persembahan kebudayaan serta busana Melayu pada 30 April 2017. Pemilihan Kumpulan Kesenian Yayasan Warisan Johor untuk mengadakan persembahan kebudayaan bersama program Tourism Malaysia merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kedutaan Besar Malaysia, Perth, Western Australia terhadap kumpulan Yayasan Warisan Johor dalam usaha mengembangkan, mempromosi dan mengekalkan kebudayaan dan warisan di rantau Asia khususnya Australia.

Pengisian Lawatan

Seramai 13 orang anggota rombongan diketuai oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Pengarah Tourism Johor, Pegawai Yayasan Warisan Johor, Pegawai dari Tourism Johor dan Artis Budaya Yayasan Warisan Johor akan menyertai rombongan Kebudayaan ke Perth, Australia seperti nama berikut:-
Nama Peranan
Haji Mohd Shahrin Bin Dato’ Haji Rahmat Pengarah YWJ
Mohd Shukri Bin Mohd Masbah Pengarah Tourism Johor
Shahrin Bin Md Tahir Pegawai Tourism Johor
Mohd Hafetz Farhan Bin Hashim Pegawai YWJ
Haji Ahmad Shafie Bin Ahmad Pegawai YWJ
Sufian Bin Asran Artis Budaya
Abdul Najmi Izdhihar Bin Abdul Majid Artis Budaya
Nor Azila binti Esa Artis Budaya
Nurfadzilah binti Abdul Rashid       Artis Budaya
Mohd Yusof Bin Salleh Artis Budaya
Mohammad Nor Hairie Bin Mohammad Ashri Artis Budaya
Nur Diyanah Binti Ismail Artis Budaya
Nurul Nabilah Binti Yakob Artis Budaya

Bengkel Zapin, Malaysia Hall Perth

Bengkel zapin yang memperkenalkan asal-usul zapin, jenis-jenis zapin serta demonstrasi zapin yang ditunjukkan oleh Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Seramai 15 peserta hadir didalam bengkel ini. Turut hadir adalah Jeneral Konsulat Malaysia, En Nazarudin dan pegawai-pegawai dari Jeneral Konsulat.

Persembahan di Murray Street, Perth

Persembahan Zapin dilakukan di Murray Street yang terletak di kawasan bandar, merupakan satu kawasan yang penuh dengan aktiviti kesenian: muzik, lukisan dan tarian. Sambutan penonton amat menggalakkan.

Jamuan makan malam di kediaman rasmi Konsulat Jeneral Malaysia

Sebagai tanda terima kasih diatas kesudian rombongan Kerajaan Negeri Johor ke Perth bagi menjayakan beberapa acara rasmi En Nazarudin telah menyediakan jamuan makan malam. Selain itu, sebagai tanda terima kasih juga diatas jemputan Kerajaan Negeri Johor turut menyampaikan cenderamata sekalung budi.

Persembahan Kebudayaan dan Busana Melayu di Morley Recreational Centre, Morley

Persembahan Kebudayaan dan Busana Melayu ini adalah anjuran bersama Konsulat Jeneral Perth. Program ini turut disertai oleh usahawan tempatan dan juga masyarakat Malaysia yang bermastatutin di Perth, Australia. Melalui persembahan kebudayaan yang dapat memukau para jemputan serta peragaan busana yang indah. Peragaan busana tersebut turut melibatkan penduduk tempatan. Keterujaan yang dapat dirasai dikalangan mereka, dikala mengenakan busana anggun dan indah tersebut.

Galeri Video