LAWATAN PENNSYLVANIA STATE UNIVERSITY, USA

Lawatan pelajar-pelajar, guru dan pensyarah dari Amerika Syarikat sempena Program Study Tour bersama Pennsylvania State University, USA untuk mengenali lebih dekat tentang sejarah, seni dan warisan Johor. Atas minat yang mendalam mengenai budaya warisan Johor, mereka juga mengambil peluang mempelajari asas tarian zapin Johor.