Persuratan & Sejarah

 

Pengenalan

Bahagian Persuratan dan Sejarah telah diwujudkan pada 1 Januari 1997. Antara lain bahagian ini diwujudkan untuk mengumpul, mengkaji dan mendokumentasi setiap hasil warisan persuratan Johor. Bahagian ini juga ditugaskan untuk menerbit, menyebar dan memasyarakatkan setiap hasil warisan persuratan untuk pengetahuan umum. Selain daripada itu juga bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program penggalakkan terhadap kegiatan persatuan-persatuan penulis dan sejarah di semua peringkat. Buletin Yayasan Warisan Johor merupakan satu siri penerbitan berkala yang dikendalikan oleh bahagian ini dengan dibantu oleh bahagian-bahagian lain. Antara lain tujuannya untuk mengabadikan segala kegiatan Yayasan Warisan Johor dari masa ke semasa dalam bentuk bercetak.

Visi

Bahagian Persuratan dan Sejarah adalah salah satu bahagian dalam Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab menggalas serta melaksanakan secara berkualiti dan cemerlang pengisian dan keilmuan yang berkaitan persuratan dan persejarahan Johor.

Misi

  • Melaksanakan projek penyelidikan, pengembangan ilmu serta pendokumentasian khazanah dan warisan persuratan dan pensejarahan Negeri Johor Darul Ta'zim.
  • Menerbitkan bahan-bahan cetakan hasil daripada kajian penyelidikan dan penulisan untuk disebarluaskan kepada khalayak dalam dan luar Johor.

Fungsi

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek dan program-program yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan, pendokumentasian dan pengembangan ilmu.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja penerbitan buku, buletin, jurnal dan risalah-risalah yang berhubung kait dengan persuratan, sejarah, seni dan budaya negeri Johor.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengumpulan bahan bertulis tentang persuratan, sejarah, seni dan budaya Johor untuk tujuan pendokumentasian. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan seterusnya menerbitkan semula warisan kepengarangan Johor.
  • Menerbit, menyebar dan memasyarakatkan khazanah warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya buat tatapan dan pengetahuan umum khalayak. Menyediakan dan melaksanakan program-program latihan untuk tujuan pengembangan ilmu khususnya dalam bidang persuratan dan sejarah.

Objektif

  • Memelihara, memperkasa, memperkaya dan melindungi khazanah warisan persuratan, persejarahan, seni dan budaya Johor.
  • Membangkitkan kesedaran perihal kepentingan nilai-nilai warisan dan jati diri Johor.
  • Menjana ilmu berkaitan persuratan, sejarah, seni dan budaya Johor.
  • Mendokumentasi, menyebar luas dan memasyarakatkan hasil-hasil kajian dan penyelidikan berkaitan persuratan, sejarah, seni dan hudaya bangsa.
Ketua Bahagian Persuratan & Sejarah
Tuan Haji Kamdi bin Kamil
E-mel : kamdikamil@hotmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +607-223 4355

Ketua Unit Persuratan

Puan Siti Nadia binti Hamnain
E-mel: bps@ywj.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +607-223 4355
- Menyelenggara projek-projek persuratan Yayasan Warisan Johor dan mengendalikan aktiviti pengembangan ilmu persuratan negeri Johor.

Ketua Unit Sejarah

Tuan Haji Kamdi bin Kamil
E-mel: bps@ywj.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +607-223 4355
- Menyelenggara projek-projek berkaitan sejarah dan aktiviti pengembangan ilmu sejarah negeri Johor.

Ketua Unit Penerbitan

Encik Wahyu Budiwa Rendra bin A. Wahid
E-mel: bps@ywj.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +607-223 4355
- Menyelenggara dan menghasilkan bahan-bahan penerbitan – Buletin YWJ, jurnal YWJ, buku, risalah dan sebagainya.

Ketua Unit Dokumentasi

Cik Nur Aqilah Asyiqin binti Mohd Diah
E-mel: bps@ywj.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +607-223 4355
- Memperoleh, merekod, mendokumentasi dan memasyarakatkan hasil-hasil khazanah warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya untuk tatapan pengetahuan dan rujukan khalayak.

Tugas utama bahagian persuratan dan sejarah:

  • Menyelenggara projek-projek persuratan yayasan warisan johor dan mengendalikan aktiviti pengembangan ilmu persuratan negeri johor.
  • Mengendalikan pelbagai bengkel dan kursus keilmuan yang berkaitan penulisan warisan persuratan, sejarah dan budaya negeri johor.
  • Menyelenggara kerja-kerja kajian dan pembangunan bidang persuratan negeri johor.
  • Memberi perkhidmatan kepada organisasi awam, swasta, badan bukan kerajaan (ngo) dan para pengkaji memperoleh fakta berkaitan bidang persuratan negeri johor.
  • Menyelaras pelbagai kolokium, seminar, konvensyen dan persidangan berkaitan persuratan, sejarah dan budaya negeri johor.
  • Melaksana kerja-kerja transliterasi manuskrip-manuskrip jawi khususnya berkaitan persuratan negeri johor.
  • Melaksanakan program-program pengembangan ilmu warisan persuratan johor.
  • Menyelenggara projek-projek berkaitan sejarah dan aktiviti pengembangan ilmu sejarah negeri johor.
  • Mengendali projek-projek penyelidikan dan penulisan warisan sejarah dan budaya negeri johor (pewaris).
  • Menjalankan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat berkaitan warisan dan sejarah johor.
  • Memberi perkhidmatan kepada organisasi awam, swasta, badan bukan kerajaan (ngo), para pengkaji dan orang-orang perseorangan memperoleh data dan fakta berkaitan sejarah dan budaya negeri johor.
  • Mengendali bengkel yang berkaitan penyelidikan dan penulisan warisan sejarah negeri johor.
  • Mengendali kerja-kerja yang berkaitan penyediaan dan pemberian maklumat, data dan fakta tokoh-tokoh sejarah negeri johor kepada muzium dan memorial dalam dan luar negeri johor.
  • Melaksanakan usaha-usaha menerap semangat patriotisme yang relevan daripada disiplin sejarah kepada rakyat negeri johor.
  • Menyelenggara seminar, konvensyen dan persidangan mengenai sejarah negeri johor.
  • Menyelenggara dan menghasilkan bahan-bahan penerbitan — buletin ywj , jurnal ywj, buku, risalah dan sebagainya.
  • Menyelenggara dan menerbitkan semula warisan kepengarangan negeri johor.
  • Menyelenggara penerbitan hasil penulisan berkaitan sejarah, kesenian dan budaya negeri johor.
  • Menyelidik, menerbit dan menyebarluaskan khazanah warisan persuratan, sejarah, kesenian dan budaya negeri johor.
  • Menyelenggara program penyelidikan warisan sejarah (tokoh dan tempat), seni, tradisi dan budaya johor (pugar).
  • Menghasilkan penulisan melalui program -program pemugaran dan penyelidikan berkaitan sejarah negeri johor.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan untuk mengesan hasil warisan kepengarangan johor.
  • Memperoleh, merekod, mendokumentasi dan memasyarakatkan hasil-hasil khazanah warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya untuk tatapan pengetahuan dan rujukan khalayak.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengumpulan bahan bertulis tentang persuratan, sejarah, seni dan budaya johor.
  • Membangun sumber rujukan hal-hal herkaitan warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya johor melalui pembelian buku, majalah dan lain-lain.
  • Berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pendokumentasian semula hasil kajian, penyelidikan dan terbuan tentang warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya johor.
  • Memberi perkhidmatan kepada klien/pelanggan yang mengunjungi pusat dokumentasi ywj.
  • Memperkaya khazanah warisan persuratan, sejarah, seni dan budaya johor.
  • Menimbulkan kesedaran perihal kepentingan nilai-nilai warisan dan jati diri johor.