Pemuziuman

 

Pengenalan

Bahagian Pemuziuman diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Yayasan Warisan Johor tahun 1988. Ia juga bertanggungjawab dalam pembinaan muzium negeri dan muzium di setiap daerah.

Bahagian Pemuziuman merangkumi segala aspek yang melibatkan pengumpulan artifak, bahan-bahan warisan, memelihara dan memulihara, melindungi kepentingan sejarah, tradisi, kajipurba, senibina dan mengadakan pameran bagi mendidik rakyat akan kepentingan warisan budaya, sejarah dan seni negeri. Disamping itu, Bahagian Pemuziuman menjadi pusat rujukan, penyelidikan dan pendidikan peninggalan warisan negeri.

Bagi menjayakan fungsi dan misi Yayasan Warisan Johor, Bahagian Pemuziuman bertanggungjawab melaksanakan projek-projek penyelidikan arkeologi, sejarah, seni, dan kebudayaan negeri Johor.

Visi

Bahagian Pemuziuman sebagai salah satu bahagian dalam Yayasan Warisan Johor yang bertanggungjawab melaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah.

Misi

Mengkaji, mengumpul, memulihara dan memelihara bahan-bahan yang berkaitan dengan monumen, bangunan, tapak bersejarah, artifak dan warisan sejarah Negeri Johor di samping mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan dan manfaat orang ramai.

Fungsi

  • Pemerolehan bahan-bahan sejarah
  • Penyimpanan dan pemeliharaan bahan-bahan sejarah
  • Pengkajian peninggalan sejarah
  • Pameran bahan sejarah untuk tatapan umum
  • Penerbitan khazanah warisan sejarah dan budaya

Objektif

  • Untuk membuat penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan budaya Johor
  • Untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan berhubung warisan sejarah, seni dan budaya Johor melalui pameran tetap dan sementara kepada orang ramai
  • Untuk memelihara khazanah Johor agar terpelihara untuk generasi kini dan akan datang
Ketua Bahagian Pemuziuman
En. Kamarudin B. Ab Razak
E-mel : pengurusan@ywj.gov.my
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355
Pengenalan

Unit Pameran diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor memberi informasi dalam bentuk pameran mengenai sejarah, tradisi, kaji purba, kebudayaan dan seni negeri untuk tatapan masyarakat umum. Unit ini bertanggungjawab mengadakan pameran bergerak seperti pameran di hotel-hotel, IPTA/IPTS, sekolah-sekolah, lapangan terbang dan juga pada majlis-majlis rasmi.

Objektif

Untuk memberi kesedaran mengenai sejarah, tradisi, kaji purba, kebudayaan dan seni negeri kepada generasi akan datang agar tidak luput ditelan zaman.

Pengenalan
Pengenalan

Unit Penyelidikan Bahagian Pemuziuman mula diwujudkan pada Februari 1995. Unit ini diwujudkan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab Yayasan Warisan Johor sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Yayasan Warisan Johor Tahun 1988. Ia juga bertanggungjawab dalam pembinaan Muzium Negeri dan muzium di setiap daerah. Selain itu pengumpulan artifak dan bahan-bahan warisan juga termasuk dalam tugas Unit Penyelidikan. Dalam pada itu unit ini juga terlibat dalam mengadakan pameran, memelihara dan melindungi kepentingan sejarah, tradisi, kajipurba, dan senibina/kesenian. Menyedarkan rakyat akan kepentingan warisan budaya, sejarah, dan seni negeri juga menjadi misi unit ini. Di samping itu unit ini juga menjadi pusat rujukan dan pendidikan peninggalan warisan negeri selain dari mendokumentasi, mencetak dan mengkatalogkan bahan-bahan peninggalan warisan.

Bagi melaksanakan fungsi dan misi Yayasan Warisan Johor, unit ini bertanggungjawab melaksanakan projek-projek penyelidikan terutama dalam menyelidik arkeologi, sejarah, seni dan kebudayaan Negeri Johor. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah membuat kajian tapak-tapak bersejarah di daerah Kota Tinggi, penyelidikan tapak-tapak sejarah di sepanjang Sungai Johor, menjejak kota purba Linggiu, penyelidikan perahu tradisional di Pulau Sumatera, Sulawesi dan di seluruh daerah Negeri Johor dan penyelidikan batu nisan Aceh.

Objektif

Untuk membuat penyelidikan arkeologi, sejarah, seni dan budaya Johor.