Pembangunan Seni Budaya

 

Pengenalan

Ditubuhkan pada bulan Mac tahun 1998. Dikenali sebagai Bahagian Pengembangan Seni Budaya hingga sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, dijenamakan semula kepada Bahagian Pembangunan Seni Budaya.

Bahagian Pembangunan Seni Budaya dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan secara menyeluruh dalam hal berkaitan pembangunan seni budaya dan kesenian tradisional yang terdapat di Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Antara senarai tugas Bahagian Pembangunan Seni Budaya adalah menjalankan kajiselidik, mengadakan bengkel pembelajaran, mewujudkan tenaga pengajar, mengadakan kelas secara rutin, mengadakan pertandingan, dan mengiktiraf tahap kejurulatihan serta penjurian sesuatu kesenian dan kebudayaan itu. Di dalam Bahagian Pembangunan Seni Budaya terdapat Unit Kesenian Islam, Unit Seni Tari, Unit Seni Muzik, Unit Seni Teater, dan Unit Seni Silat.

Ketua Bahagian Pembangunan Seni Budaya
Tuan Haji Abu Bakar Bin Selamat. (memangku dari bulan Mei 2016)
E-mel : abubakar.bpsb@gmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355

Ketua Unit Seni Tari

En. Nurul Effendy Bin Zainal
E-mel : fendyzainal.bpsb@gmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355

Ketua Unit Seni Muzik

En. Ismail Bin Bahari
E-mel : ismailbahri.bpsb@gmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355

Ketua Unit Kesenian Islam

Tuan Haji Abu Bakar Bin Selamat
E-mel : abubakar.bpsb@gmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355

Ketua Unit Seni Teater

En. Md. Sukor Bin Md. Nor
E-mel : sukormdnor.bpsb@gmail.com
Tel: +6 07-221 3148 / +6 07-224 5488
Fax: +6 07-223 4355
  • Unit Seni Tari dipertanggungjawabkan untuk memugar, melestari dan mengembangkan seni tarian zapin yang terdapat di Negeri Johor.
  • Unit ini ditubuhkan pada tahun 1999.
  • Di antara jenis zapin yang telah berjaya dipugar adalah sebanyak 19 jenis. 16 daripadanya telah diiktiraf dan dikembangkan serta didokumentasikan dalam penerbitan buku labanotasi Zapin Johor.
  • Antaranya zapin yang telah diiktiraf adalah Zapin Melayu Johor, Zapin Tenglu (versi mak usu), Zapin Pulau, Zapin Pekajang, Zapin Kores, Zapin Sri Bunian, Zapin Parit Mastar, Zapin Tanjung Labuh, Zapin Padang Sari, Zapin Putar Alam, Zapin Lenga Bt. 28, Zapin Pat Lipat, Zapin Mahpom, Zapin Dayung, Zapin Chokoh, dan Zapin Selat Panjang
  • Unit Seni Muzik dipertanggungjawabkan untuk memugar, melestari dan mengembangkan Seni Muzik Ghazal, Seni Muzik Keroncong, Seni Muzik Zapin, dan Seni Muzik Asli yang terdapat di Negeri Johor.
  • Pada awal penubuhan iaitu tahun 1996, Muzik Ghazal dan Keroncong ditempatkan di bawah Bahagian Pemuziuman. Pada tahun 2000, pengurusan dan aktiviti muzik Ghazal dan Keroncong di tempatkan di bawah pengawasan Bahagian Pembangunan Seni Budaya.
  • Unit Muzik kini semakin berkembang dengan kepelbagaian genre yang bukan hanya tertumpu kepada Ghazal dan Keroncong. Sebagai contoh, di Batu Pahat dan Johor Bahru telah diadakan kelas Nyanyian Lagu Tradisional Johor dan Kelas Muzik Tradisional Johor.
  • Unit Muzik telah berjaya melahirkan pemuzik-pemuzik muda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
  • Unit Kesenian Islam (UKI) ialah satu unit yang dipertanggungjawabkan untuk memugar, melestrai dan mengembangkan Kesenian Islam yang terdapat di Negeri Johor.
  • Ditubuhkan pada awal tahun 2006 bagi memenuhi kehendak Kerajaan Negeri Johor yang mahukan supaya pembangunan Kesenian Islam seiring dengan pembangunan holistik yang sedang pesat di Negeri Johor.
  • Selain memugar dan mengembangkan kesenian Islam, unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap Yayasan Warisan Johor yang selama ini menganggap bahawa YWJ hanya sebuah institusi berkaitan muzik dan tari sahaja.
  • Di antara kebudayaan dan kesenian yang telah dipugar dan dikembangkan adalah Seni Taranum Al-Quran, Seni Bacaan Barzanji, Seni Nyanyian dan Muzik Nasyid, Qasidah, dan Seni Azan.
  • Unit Seni Teater dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan seni teater yang mencakupi genre Muzikal, genre Bangsawan, dan lain-lain genre sesebuah pementasan.
  • Unit ini ditubuhkan di Yayasan Warisan Johor pada tahun 1999. Ketika itu ditempatkan di Bahagian Pengembangan Seni Budaya. Pada tahun 2000 – 2012 unit teater dipindahkan di Bahagian Seni Persembahan. Kemudian pada tahun 2012, unit ini kembali diserapkan ke Bahagian Pembangunan Seni Budaya bagi memperkuatkan fungsi di peringkat akar umbi.
  • Antara pementasan yang pernah dihasilkan di bawah Bahagian Pembangunan Seni Budaya :-
  1.   Teater Muzikal Islam Syair Rabiatul Adawiyah
  2.   Teater Muzikal Islam Bilal Bin Rabah
  3.   Teater Muzikal Islam Khalifah Umar Abd Aziz
  4.   Teater Muzikal Islam Imam Shafiee
  5.   Teater Muzikal Kembalinya Kekasih Allah swt
  6.   Bangsawan Asiah Permasuri Firaun