Pameran Datuk Jamil Sulong

Pameran Allahyarham Datuk Jamil Sulong (Saksi Seni Daksina) dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Zulkurnain Bin Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor . Ini amatlah bertepatan bagi menghargai jasa tokoh seni budaya yang berjasa kepada negeri dan negara. Datuk Jamil Sulong merupakan anak kelahiran Negeri johor yang diangkat sebagai tokoh terpilih di Muzium Tokoh, Yayasan Warisan Johor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran seniwati-seniwati negara era Seniman P.Ramlee. Orang ramai boleh mengunjungi Muzium Tokoh ini pada:

 Waktu : Setiap hari (kecuali Jumaat)
Masa    : 9.30pagi – 4.30 petang

Pameran akan berlangsung sehingga bulan Jun 2018.