Muzium Tokoh Johor

Galeri Foto


Muzium Tokoh Johor

Bangunan Dato’ Jaafar merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato’ Jaafar bin Muhammad. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, Johor Bahru.

Bangunan ini terletak di atas Bukit Senyum di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru. Tanah Bukit Senyum telah dipilih oleh Dato’ Jaafar dan dipersembahkan kepada Sultan Abu Bakar untuk memiliki tanah tersebut. Baginda tersenyum tanda setuju. Atas perkenan baginda, maka Dato’ Jaafar menamakan bukit ini sebagai “Bukit Senyum”.

Keluasan kawasan ini adalah 100 ekar. Pada masa ini, terdapat beberapa buah bangunan dan jalan yang berada di sekitar bangunan. Di antaranya ialah Depoh Polis, Sekolah Vokasional, Sekolah Menengah Dato’ Jaafar, Stor Telekom Kondominium mewah Astaka Padu. Jalan yang terdapat disekitarnya adalah Jalan Yahya Al Datar, Jalan Storey, Jalan Tebrau, Jalan Stulang Darat dan sebuah lebuh raya (Lebuh Raya Lingkaran Dalam) yang merupakan laluan utama penghubung pintu masuk Malaysia - Singapura.

Reka bentuk bangunan ini menyerupai bentuk bangunan keluarga DiRaja Inggeris iaitu “Hardwick Hall” dan “Mahligai Matlock” di Jajahan Derby atau Derbyshire, di England. Ia dibina setinggi tiga tingkat dan mempunyai menara di setiap empat penjuru bangunan.

 

Galeri Virtual 360°

( Untuk kualiti terbaik, sedikit masa diperlukan untuk muat turun fail. Gunakan mouse anda untuk melihat persekitaran.)