Muzium Mersing

 

SEJARAH RINGKAS BANGUNAN
MUZIUM MERSING

Bangunan ini telah dibina sekitar tahun 1920an dan menempatkan pejabat pentadbiran daerah Mersing pada ketika itu setelah pentadbiran di Endau dipindahkan ke Mersing. Ketika era penjajahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini telah menjadi markas operasi Tentera Imperialis Jepun sehingga mereka menyerah kalah pada 1945. Bangunan ini kemudiannya digunakan kembali untuk menempatkan pejabat-pejabat kerajaan bagi Daerah Mersing. Agensi kerajaan yang terakhir menggunakan ruang bangunan ini sebagai pejabat adalah Majlis Daerah Mersing dan Jabatan Pertanian sebelum bangunan ini akhirnya dijadikan Muzium Mersing.

Galeri Foto

 

Galeri Virtual 360°

( Untuk kualiti terbaik, sedikit masa diperlukan untuk muat turun fail. Gunakan mouse anda untuk melihat persekitaran.)