Kelas Seni Khat

Program Latihan Dan Kursus Seni Khat

Program Latihan Seni Khat ini merupakan kelas pengembangan Asas Seni Khat oleh 25 orang tenaga pengajar yang dilantik oleh Yayasan Warisan Johor disetiap daerah dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor, Jabatan Agama Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dilaksanakan sejak tahun 2002. Kelas di laksanakan setiap tahun bermula pada bulan Mac hingga bulan Oktober. Penyertaan program latihan ini terbuka secara percuma kepada semua peringkat umur yang berminat untuk mempelajari asas penulisan Seni Khat.

Program Kursus Seni Khat merupakan latihan lanjutan kepada kelas asas penulisan Seni Khat kepada peserta-peserta yang mahir dalam menulis khat serta berminat untuk menjadi tenaga pengajar daerah di Negeri Johor. Kursus ini melibatkan latihan dan ujian penilaian akhir bagi melayakkan peserta dilantik sebagai tenaga pengajar. Penyertaan percuma terbuka kepada mereka yang mahir dan menetap di Negeri Johor.