Hall Of Fame

Slider_HOF_Perth

Mempromosi Kebudayaan Negeri Johor di Perth, Australia

Konsul Jeneral Malaysia di Perth, menganjurkan satu persembahan kebudayaan serta busana Melayu pada 30 April 2017. Ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kedutaan Besar Malaysia, Perth, Western Australia terhadap kumpulan Yayasan Warisan Johor dalam usaha mengembangkan, mempromosi dan mengekalkan kebudayaan dan warisan di rantau Asia khususnya Australia.

Baca lagi
Slider_HOF_ALJ

Anugerah Lagu Johor

Program Anugerah Lagu Johor merupakan cetusan ilham YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Menerusi penganjuran program ini, masyarakat terutamanya belia dan generasi muda dapat diserapkan dengan nilai serta semangat cintakan bangsa dan negara.

Baca lagi
Slider_HOF_KPM

Konsert Payung Mahkota

Konsert ini adalah anjuran kerajaan negeri Johor, kelolaan Yayasan Warisan Johor ini adalah sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Konsert ini bertemakan "Raja dan Rakyat Berpisah Tiada".

Baca lagi
Slider_HOF_TSL

Teater Muzikal Tun Sri Lanang

Teater ini melibatkan 140 tenaga kerja kreatif dari Yayasan Warisan Johor, aktivis teater, pemuzik, artis tari dan penyanyi. Turut hadir bersama menyaksikan pementasan teater ini adalah YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor, YB Dato’ Zulkurnain Bin Hj Kamisan; Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor dan YB Dato’ Hj Ismail Bin Karim; Setiausaha Negeri Johor.

Baca lagi